Your Cart

5 CARA HILANGKAN JERAWAT SECARA BERKESAN

5 CARA HILANGKAN JERAWAT SECARA BERKESAN

Apabila sebut sahaja tentang jerawat di muka, ia seperti satu perkara yang sangat sensitif dan seolah-olah mimpi ngeri buat kaum wanita mahupun kaum lelaki. Walaupun sebiji jerawat sahaja tumbuh di muka pada keesokan hari anda bangun dari tidur, ia boleh memberi banyak kesan negatif kepada kedua-dua kaum ini, antaranya mereka mula kurang keyakinan diri seolah-olah orang di sekeliling mereka akan melihat dan tenung jerawat tersebut dan mereka juga akan merasakan dengan tumbuhnya satu jerawat di muka ia akan merosakkan sedikit imej penampilan diri serta mencacatkan sedikit wajah yang setiap harinya tampak lebih licin dan cantik. Sebelum anda ketahui 5 cara hilangkan jerawat secara berkesan ini, lebih baik anda kenal pasti dahulu punca dan bagaimana jerawat tersebut tumbuh di muka supaya jerawat tersebut tidak akan tumbuh lagi di muka anda seperti kata pepatah mengatakan bahawa lebih baik mencegah dari merawat.

Punca dan bagaimana jerawat boleh tumbuh di muka?

Antara punca utama bagaimana jerawat ini boleh tumbuh di muka adalah disebabkan jenis kulit sama ada kulit berminyak atau kulit kering. Kebiasaannya kulit yang berminyaklah yang lebih mudah tumbuh jerawat jika dibandingkan mereka yang mempunyai jenis kulit kering. Maka jika kulit anda dalam kategori jenis kulit  berminyak maka jerawat ini akan mudah untuk tumbuh kerana tingginya kadar progesteron yang mengaktifkan kelenjar minyak sehingga menyebabkan pori-pori kulit tersumbat.

Selain itu, faktor tekanan atau stress juga akan menyebabkan jerawat tumbuh di muka. Jika anda perasan, apabila anda mengalami tekanan disebabkan sesuatu perkara, keesokan harinya jerawat akan tumbuh dan kadar stress anda juga akan meningkat. Mungkin ramai yang bertanya apa kaitan stress dengan pertumbuhan jerawat di muka dan bagaimana ia boleh terjadi. Untuk pengetahuan anda, semasa kita sedang mengalami stress atau tekanan, hormon androgen akan dikeluarkan secara berlebihan dan ia menjadi punca terhasilnya pertumbuhan jerawat. Percaya atau tidak, ramai yang mengaku tentang stress merupakan faktor utama jerawat tumbuh di wajah mereka. Kebanyakannya adalah golongan pelajar dan pekerja yang setiap harinya mengalami tekanan di sekolah mahupun di pejabat.

Ramai wanita yang suka bersolek sebelum keluar rumah dan alat solek tersebut mungkin mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan kulit wajah anda. Tahukah anda, alat solek juga merupakan salah satu punca jerawat boleh tumbuh di muka selain faktor semulajadi seperti mana yang disebutkan di atas. Tanpa anda sedar, alat solek inilah yang mengundang pertumbuhan jerawat jika anda tidak membersihkan kulit wajah anda dengan cara yang betul selepas menggunakannya. Bakteria akan melekat di muka dan berlakunya pertumbuhan jerawat. Selain itu, alat solek seperti berus juga perlu dibersihkan dengan baik supaya bakteria tidak terkumpul dalam berus tersebut.

Tabiat pemakanan dan aktiviti harian juga merupakan punca lain bagi pertumbuhan jerawat di muka. Antara tabiat pemakanan yang tidak baik adalah seperti makan makanan segera secara berlebihan, makanan tinggi gula dan garam serta tidak melakukan senaman secara konsisten. Jika anda makan makanan yang tidak sihat ini maka ia boleh mempengaruhi hormon dalam badan seperti hormon androgen yang menyebabkan pertumbuhan jerawat. Malah bukan sahaja tumbuh jerawat di muka tetapi di leher dan di badan juga akan kelihatan. Walau bagaimanapun, ada sesetengah pakar kulit berpendapat mengatakan tabiat pemakanan ini adalah punca kecil sahaja bagi pertumbuhan jerawat dan ia bukanlah faktor terbesar sepertimana yang dimomokkan oleh sesetengah pihak yang mengatakan bahawa punca utama jerawat disebabkan tabiat pemakanan. Namun begitu, sebagai langah berjaga-jaga, anda perlu juga mengambil kira soal tabiat pemakanan ini serta aktiviti harian anda.

Setelah anda kenal pasti punca bagaimana jerawat boleh tumbuh di muka, maka anda sudah boleh membuat tindakan untuk mengetahui 5 cara hilangkan jerawat secara berkesan,mudah dan cepat demi penampilan diri anda.

Hilangkan jerawat secara semulajadi 

Di sini, ada beberapa kaedah dan cara hilangkan jerawat secara berkesan dengan menggunakan bahan semula jadi antaranya adalah putih telur, lemon, madu dan lidah buaya.

Dengan menggunakan putih telur sahaja, bukan hanya jerawat anda boleh hilang malah ia juga dapat menegangkan kulit muka anda supaya kelihatan nampak lebih muda dari usia. Caranya mudah sahaja, iaitu asingkan putih telur dan kuning telur di bekas berasingan. Ambil putih telur tersebut dengan menggunakan berus lembut dan sapukannya di wajah anda. Biarkan selama 20 minit, kemudian bersihkannya dengan air bersih. Anda boleh lihat kesannya seawal sehari atau dua hari.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan putih telur dan dicampurkan dengan 1 perahan lemon untuk menghilangkan jerawat dan bekas jerawat tersebut. Dua gabungan bahan semulajadi ini sangat bagus kerana ia mengandungi khasiat yang baik antaranya adalah vitamin C yang terkandung dalam buah lemon. Ia terbukti berkesan dan efektif bagi menghilangkan jerawat di muka mahupun di badan.

Lidah buaya merupakan bahan semulajadi yang agak popular dan disukai oleh pengamal kecantikan kerana ia mengandungi bahan yang baik untuk kulit. Sebab itulah lidah buaya agak sinonim dengan bidang kecantikan wajah. Untuk cara menghilangkan jerawat secara berkesan, anda boleh jadikan lidah buaya ini sebagai masker dan sapukannya sebelum tidur. Biarkan ia selama 20 hingga 30 minit dan bilas wajah anda menggunakan air bersih. Ia bukan sahaja membantu menghilangkan jerawat di muka malah ia dapat melembabkan kulit wajah anda.

Mungkin ada dikalangan anda belum tahu mengenai baking soda boleh membantu menghilangkan jerawat kerana ia tidaklah popular seperti daun lidah buaya yang disebutkan sebentar tadi. Sebenarnya baking soda ini mampu menyeimbangkan ph kulit untuk mencegah jerawat dan menghilangkan jerawat. Selain itu, baking soda boleh menjadi antiseptik dan anti inflamasi. Cara menggunakan baking soda ini adalah campurkannya dengan air bersih sehingga pekat. Sapukan campuran tersebut di wajah anda dan biarkannya selama 15 minit. Kemudian, bersihkannya dengan air suam.

Dan yang terakhir bagi menghilangkan jerawat menggunakan bahan semulajadi adalah dengan menggunakan yogurt dan madu. Untuk pengetahuan anda, yogurt mempunyai bakteria yang baik , asid laktik dan alpha hidroxy acid yang dapat menghilangkan sel kulit mati yang menyebabkan pori tersumbat. Cara menggunakannya adalah campurkan 1 sudu madu dan 2 sudu yogurt. Kacau sehingga rata dan sapukannya di wajah. Biarkan selama 15 minit dan bilasnya menggunakan air suam.

Hilangkan jerawat dengan ais batu

Jika anda mahu menghilangkan jerawat secara cepat dan berkesan maka jawapannya adalah dengan ais batu. Caranya adalah letakkan ais batu di jerawat yang merah dan letakkannya beberapa kali. Selang beberapa minit anda akan nampak jerawat anda akan semakin mengecut dan warna kemerahan jerawat juga akan sedikit pudar. Lakukanlah cara ini untuk beberapa kali dalam sehari, sehingga anda dapat lihat hasil yang anda mahu.

Hilangkan jerawat dengan ubat gigi

Tentu anda berasa terkejut apabila mendengar ubat gigi boleh menghilangkan jerawat. Bagi anda yang pertama kali mendengar tentang cara ini maka anda sebenarnya tidaklah keseorangan kerana ramai di luar sana juga pertama kali mendengar tentang perkara ini seperti anda.

Benarkah ia berkesan dan cepat untuk menghilangkan jerawat di muka? Ya, memang benar. Ini adalah kerana ubat gigi mengandungi hidrogen, triclosan dan silica yang membantu mencegah iritasi pada kulit wajah dan mengeringkan jerawat. Perlu diingatkan supaya anda jangan menggunakan ubat gigi yang mengandungi mentol dan fluroide kerana ia boleh mengakibatkan pertumbuhan jerawat lebih banyak. Maka berhati-hati dalam pemilihan jenis ubat gigi yang untuk disapukan pada kulit yang berjerawat. Caranya adalah ambil sedikit ubat gigi dan sapukannya pada jerawat anda. Biarkannya selama 15 hingga 20 minit untuk 1 sesi kemudian basuh dengan air bersih. Ulang beberapa kali dalam seminggu untuk melihat kesannya. 

Hilangkan jerawat dengan Aspirin

Kebiasaanya, aspirin digunakan untuk mengurangkan keradangan atau serangan jantung dan anti inflamasi kerana mempunyai sifat analgesik. Ia juga boleh mengurangkan rasa sakit otot, demam dan sakit kepala. Pada masa yang sama, aspirin ini juga boleh digunakan sebagai masker wajah bagi membantu menghilangkan jerawat di muka. Kandungan asid salicylic dalam aspirin dapat mempercepatkan penggantian sel dan membuka pori-pori wajah sehingga meningkatkan penghasilan kolagen. Kolagen ini berguna untuk mengisi permukaan kulit yang tidak rata sehingga wajah kelihatan halus dan mulus. Masker aspirin ini tidak akan meninggalkan kesan luka yang biasanya muncul selepas kulit menggelupas apabila menggunakan exfloiting dan scrub.

Cara membuat masker aspirin adalah hancurkan 3 hingga 5 biji pil aspirin, kemudian tambahkan sedikit air dan sapukannya di bahgian jerawat tumbuh pada wajah anda. Biarkan ia selama 10 hingga 15 minit dan basuh dengan air bersih. Anda akan lihat kesannya selepas beberapa kali cara ini diamalkan. 

Oleh yang demikian, anda boleh pilih salah satu cara hilangkan jerawat seperti yang telah diterangkan di atas dan jika salah satunya tidak berjaya anda boleh cuba cara yang lain kerana untuk menghilangkan jerawat secara berkesan ia memerlukan kesabaran serta beberapa kali percubaan sehingga mendapat hasil yang anda inginkan. Ada cara yang cepat dan ada juga cara yang mengambi sedikit masa untuk mendapat kesannya. Terpulang kepada anda untuk memilih cara yang mana. Yang penting cara yang anda pilih perlu selamat dan berkesan .Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda yang serius mencari solusi untuk menghilangkan jerawat di wajah. Semoga berjaya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *