Your Cart

7 Cara Hilangkan Jeragat Guna Bahan Semulajadi

Selain nampak gelap, kulit muka berbintik juga tidak cantik dipandang mata orang. Kebanyakkan orang ingin warna kulit yang sekata. Ini sememangnya impian setiap wanita.

masalah jeragat

Sebenarnya, warna hitam atau di beberapa bahagian kulit adalah akibat penebalan pigmen di wajah. Oleh itu, jika wajah anda mempunyai tompok-tompok kulit hitam ini, ia sebenarnya tidak berbahaya.

Semoga 6 cara hilangkan jeragat menggunakan bahan semulajadi di bawah dapat membantu mereka yang menghadapi masalah ini.

APA ITU JERAGAT?

Tetapi sebelum itu, lebih elok sekiranya kita tahu apa itu jeragat. Jeragat juga dikenali sebagai adik kepada jerawat di mana ia kelihatan seperti lekukan kecil pada kulit muka. Ia adalah disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang muka terutamanya di bahagian hidung, dahi, dagu dan pipi.

apa itu jeragat

6 BAHAN SEMULAJADI YANG BANTU HILANGKAN JERAGAT

1. ALOE VERA (Lidah Buaya)

cara hilangkan jeragat dengan bahan semulajadi aloe vera

Lidah buaya sudah lama terkenal sebagai tumbuhan ajaib yang boleh merawat pelbagai masalah kulit. Tumbuhan yang mempunyai banyak fungsi dan berkhasiat ini juga satu cara putihkan kulit hitam yang berkesan!

Di samping itu, ia juga mengandungi bahan-bahan yang dapat menghalang pertumbuhan sel kanser.

Caranya:

Gunakan gel yang ada di dalam lidah buaya kemudian sapukan pada kawasan kulit hitam. Biarkan selama 20 minit sebelum mencuci dengan air. Lakukan ini setiap hari.

2. OREN

cara hilangkan jeragat dengan bahan semulajadi oren

Oren mengandungi asid sitrik yang membantu membersihkan kulit dari kotoran dan mampu menghilangkan jeragat.

Oren boleh menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dengan berkesan.

Caranya :

Potong (jangan terlalu nipis)

Gosokkan pada kulit muka (pedih kalau ada luka)

Biarkan 10 ke 15 minit dan bilas. Boleh juga dicampur dengan madu asli.

3. ARGAN OIL

cara hilangkan jeragat dengan bahan semulajadi argan oil

Manfaat minyak argan untuk wajah tidak dapat dinafikan lagi dapat melewatkan tanda-tanda penuaan. Ia terdiri dari vitamin E dan antioksidant yang melawan kerutan dan perubahan kulit, membuat kulit anda ‘muda berkilau’.

Caranya:

Gunakan minyak argan Morocco pada wajah anda sebelum tidur pada malam hari

4. MINYAK ZAITUN

cara hilangkan jeragat dengan bahan semulajadi minyak zaitun

Minyak zaitun untuk wajah sangat bagus untuk digunakan. Sebab bahan semulajadi dan kandungan vitamin E, K, zat besi dan sumber polifenolnya baik bagi kulit dalam melindungi sel-sel dari rosak.

5. KULIT KAYU MANIS

cara hilangkan jeragat dengan bahan semulajadi kulit kayu manis

Kulit kayu manis kebiasaannya digunakan sebagai topeng muka.

Untuk lebih berkesan, campurkan setengah sudu kecil serbuk bahan ini dengan setengah sudu kecil madu dan kacaukannya ia sehingga sebati.

Dengan penggunaannya yang kerap iaitu sekitar 2 kali seminggu, bahan ini mungkin akan memberikan kesan yang maksimum. Paling mengejutkan, ia juga sebenarnya mampu menghalang pertumbuhan jeragat yang baru pada kulit muka anda

6. SERBUK OAT

cara hilangkan jeragat dengan bahan semulajadi kulit serbuk oat

Ia bertindak sebagai agen pengelupasan semula jadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Di samping itu, ia menyerap minyak berlebihan dan membuka liang pori.

Caranya:

1. Campurkan dua sudu yogurt, satu sudu setiap jus lemon dan madu, dan empat sudu besar serbuk oat.

2. Lembapkan kulit anda dan jadikan masker di muka anda.

3. Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya.

7. BAWANG

cara hilangkan jeragat dengan bahan semulajadi kulit bawang

Ia berfungsi memulihkan warna kulit ekoran sebatian sulfur yang dipunyainya mampu memudarkan tompok gelap atau sebarang perubahan warna pada kulit.

Caranya:

Ambil beberapa biji bawang dan cincang serta perah ia sehingga mengeluarkan jus.

Kemudian, sapukan sahaja ia ke permukaan kulit yang terjejas teruk.

Biarkan selama beberapa minit kemudian bilas. Ia juga boleh digunakan untuk merawat masalah jeragat yang teruk.

Secara ringkasnya, diharapkan artikel ini dapat membantu anda untuk memahami apa itu jeragat/jerawat dan apa kesan kepada muka.

Anda boleh klik link ini dan rujuk beberapa fakta mengenai PUNCA MASALAH KULIT MUKA serta kos rawatan jika tidak dirawat segara.

Selamat mencuba.

serum hilangkan jeragat
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *